Sunday, October 25, 2009
Spring Su-duce
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang”
“KHUSUS BAGI PESAKIT KENCING MANIS
JANGAN POTONG !!
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA DAPATKANLAH SPRING SUDUCE SEKARANG!!”
APAKAH SPRING SU-DUCE ?
SPRING SU-DUCE merupakan ramuan khas untuk menjaga kesihatan tubuh badan dari segi zahir ban batin .
Ia juga boleh membantu merawat penyakit-penyakit kritikal antaranya kencing manis , buah pinggang , darah tinggi , jantung dan penyakit –penyakit kritikal yang lain.
SEJARAH SPRING SU-DUCE
SPRING SU-DUCE telah diilhamkan oleh seorang tabib cina yang mengamalkan prinsip terapuetik , penyelarasan , dan menguatkan dalam pemulihan masalah kesihatan . Dan SPRING SU-DUCE telah pun diuji oleh pakar-pakar perubatan khasnya dari China dan menunjukkan pencapaian yang memuaskan dengan kadar keberkesanan setinggi 90% dalam menangani masalah glukosa ( gula ) yang amat berlebihan .
BAGAIMANAKAH SPRING SU-DUCE DIHASILKAN ?
SPRING SU-DUCE dihasilkan melalui adunan herba – herba asli 100% dari negara China yang digabungkan daripada jenis-jenis tumbuhan semulajadi diantaranya Clematis Root ( weilingxian ) , Red Sage Root ( danshen ) , Wolfbery Bark ( digupi) , Poria ( fuling),turmeric ( jianhuang ) dan dioscorea ( hanya bagi menghasilkan penawar istimewa .
SIAPA YANG HARUS MENGGUNAKAN SPRING SU-DUCE ?
Bagi mereka yang mengalami gula berlebihan ( kencing manis ) , masalah buah pinggang , tekanan darah tinggi , dan masalah – masalah yang menggangu kestabilan tubuh badan .
BAGAIMANA CARA MENGGUNAKANNYA ?
· Mula dengan 1-2 kapsul sehari
· 2-3 kali sehari sebelum makan
· 3 minggu satu tahap
PERINGATAN PENTING !!!
· Selangkan 1 jam selepas / sebelum ambil SPRING SU-DUCE dengan ubat lain / insulin
· Pengunaanya yang berterusan akan mengurangkan kadar dosnya .
JANGAN BELENGAH – LENGAH LAGI ……..DAPATKAN IA SEGERA !!!!!
Tuesday, October 20, 2009
Apa itu DIABETES?
Apa Dia Diabetes ?
Diabetes ialah satu keadaan di mana tubuh seseorang itu tidak dapat menggunakan KABOHIDRAT ( gula dan kanji ) di dalam makanan , dengan sempurna . Ini menyebabkan kadar gula yang berlebihan dalam darah .
Selepas di hadamkan makanan bergula dan berkanji bertukar menjadi GLUKOS . Glukos akan dibawa dalam darah kesemua bahagian badan .
INSULIN yang dihasilkan oleh organ PANKREAS membantu glukos memasuki sel-sel badan untuk digunakan sebagai TENAGA . Bagi orang yang menghidap diabetes , pankreas tidak menghasilkan insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan .
Tanpa insulin , sel-sel badan tidak dpat menerima bekalan gulkos dan pesakit akan berasa letih kerana kekurangan tenaga . Kadar gula dalam darah menjadi tinggi .Gula yang berlebihan ini akan keluar melalui air kencing .
Panduan Makanan Untuk Pesakit Diabetes
Kawalan makanan amat penting dalam rawatan penyakit diabetes . Anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk memelihara kesihatan .
MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
Elak makanan yang terdiri dari makanan berkabohidrat yang mepunyai kandungan gula yang tinggi. Makanan ini akan menambahkan gula dalam darah .
Contoh : - Pelbagai jenis gula , kuih – muih , biskut manis , kek , gula-gula , coklat , aiskrim , minuman ringan , sirap kordial , susu pekat manis , jem , kaya , madu dan minuman beralkohol .
MAKANAN YANG DIBENARKAN TANPA SEKATAN
Makanan yang kandungan tenaga dan kabohidratnya rendah boleh dimakan dengan BEBAS.
· Semua Jenis Sayuran
Contoh : - sawi , kangkung , bayam , kobis , kacang buncis , kacang panjang , bendi , tomato , terung dan sebagainya .
· Semua cecair dan minuman tanpa gula
Contoh : - sup air , air kosong , teh dan kopi ‘o’ tanpa gula , teh cina , air limau , air bali tanpa gula
· Perasa dan Perencah
Contoh : - serbuk chili , kari , kunyit , rempah ratus , bawang merah , bawang putih , halia , lengkuas , serai dan sebagainya
· Semua daging tanpa lemak , ayam tanpa lemak dan kulit , tauhu , kuning telur ( 2-3 biji seminggu ) , ikan , ikan bilis tanpa kepala dan perut . Hadkan makanan tinggi kolestrol seperti makanan laut ( udang sotong , kerang , siput ) organ dalaman ( hati , otak , limpa , paru – paru )
MAKANAN YANG PERLU DIKURANGKAN / DISUKAT
Makanan ini mengandungi sedikit gula atau kabohidrat dan boleh dimakan tetapi perlu DIKURANGKAN.
Contoh : - Susu dan hasil tenusu , Bijirin dan hasil bijirin , kacang dan kekacang dan buah – buahan
KURANGKAN PENGAMBILAN KOLESTROL DAN LEMAK TEPU
Makanan ini akan menambahkan berat badan dan menyumbat saluran darah . Ia meningkatkan risiko penyakit jantung , angin ahmar dan kegemukan .
Mengawal Berat Badan
Berat badan yang berlebihan adalah merbahaya . Insulin tidak berkesan bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan .
Senaman menggunakan glukos darah membakar lemak- lemak dalam badan serta memperbaiki edaran darah dan menguatkan jantung anda
Bersenam selama 20 – 30 minit setiap kali sekurang-kurangnya 3 kali seminggu .
Panduan Am
Anda boleh menikmati 3 hidangan utama ( sarapan pagi , makan tengahari , makan malam )
Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu . Makanan yang dihadkan adalah makanan berkabohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah .
Tingkatkan pengambilan serat dalam diet . Ini dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengelakkan sembelit . Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh , buah – buahan , sayur – sayuran , kacang dan kekacang dan biji – bijian
Kurangkan penggunaan garam dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan kandungan garam .
Kurangkan jumlah pangambilan lemak atau minyak terutamanya lemak tepu seperti krim , minyak kelapa , santan dan krim salad .
*Sumber dari JABATAN PENDIDIKAN KESIHATAN, HOSPITAL KUALA LUMPUR
Subscribe to:
Posts (Atom)